Engine Mounting
=============
Engine mounting ni biasa dibuat dari cast iron dari proses acuan besi dan getah. Sesetengah rekabentuk getah kadangkala diisi dengan cecair hydraulic
Tujuan engine mounting memastikan enjin dan gearbox berada pada kedudukan yang betul, menyerap hentakan dan menyerap gegaran yang dihasilkan oleh enjin ketika beroperasi dari sampai kepada penumpang dan pemandu
Gambar sebelah kiri adalah engine mounting untuk enjin manakala sebelah kanan adalah mounting untuk gearbox
Bila mounting rosak di bahagian enjin, pemandu akan dapat rasa gegaran pada bahagian steering pada sebelum memulakan perjalanan. Steering akan bergegar dan dan seolah olah bergerak ke atas dan ke bawah
Bila mounting di bahagian gearbox rosak, pemandu akan dapat rasa gegaran apabila gear dimasukkan dari N ke D atau semasa memulakan perjalanan. Seperti ada sentapan berlaku
Paling kritikal adalah gearbox jenis auto yang banyak memggunakan komponen kecil, mounting yang rosak lama kelamaan akan merosakkan gearbox auto.
Kos tukar engine mounting lebih kurang rm 200
Kos repair gearbox auto dari rm 1500-2500 (anggaran)
So sebelum gearbox rosak, buat la preventive maintainance.



Comments

Popular posts from this blog