From Myvi to Altis Sebelum ini saya ada bercerita mengenai beberapa tip semasa membuat pembelian kereta terpakai. Dalam posting ini saya nak berkongsi pengalaman saya membeli kereta terpakai Masalah Selepas berkahwin, myvi milik isteri saya masih setia berkhidmat tanpa sebarang masalah. Cuma saya perasan setiap kali pulang ke kampung, ruang boot akan penuh, manakala buah tangan dari kampung seperti buah2, keropok, kadang kala durian, periuk belanga akan melimpah ke bahagian penumpang belakang. Apabila anak saya lahir, maka masalah ini bertambah parah Myvi SE saya juga datang dengan sistem suspensi yang agak keras berbanding dengan Myvi standard. Apabila melalui jalan yang tidak rata, kesian tengok anak melambung lambung dalam baby seat Apabila umur memasuki fasa 30an, satu lagi masalah timbul. Fatigue atau kelesuan apabila memandu lama melebihi 4 jam. Kedudukan steering, tombol gear dan kerusi yang tidak ergonomik menyebabkan saya cepat letih. Kalau jalan jauh, sampai ke ...