Kalau free weekend ni boleh download dan tengok filem dokumentari 24hours War yang mengisahkan gentleman war antara Enzo Ferrari dan Henry Ford ii . Hanya untuk peminat sejarah, motorsport dan business sahaja, jadi untuk peminat cerita Korea yang suka merembeskan air mata jantan sila main jauh-jauh
Semuanya bermula apabila Ford perlukan kemenangan dalam perlumbaan sebagai senjata pemasaran bagi melariskan perniagaan empayar Ford. Bagi Henry, kemenangan pada perlumbaan pada hari ahad bermakna jualan yang meningkat pada hari Isnin
Vice versa, atau sebaliknya yang terjadi pada Ferrari. Mereka memang dalam perniagaan perlumbaan kereta. Begitu banyak duit dilaburkan dalam Research & Development bagi membangunkan enjin dengan saiz 4400cc yang boleh mengalahkan Ford GT V8 yang lebih besar. Ferrari hanya menghasilkan custom car untuk pelanggan yang terhad bagi membiayai hobi mahal Enzo Ferrari yang suka berlumba
Bagi Henry, jalan singkat untuk menghasilkan kereta yang laju adalah dengan membeli saham Ferrari dan melakukan technology transfer dari Ferrari kepada Ford dan pada masa yang sama Ferrari sangat memerlukan suntikan modal untuk survival. Pada saat kedua gergasi memetrai perjanjian, Enzo membantah clause yang memerlukan Ferrari berlumba hanya di litar yang di arahkan oleh Ford dan segala perbelanjaan R&D akan dikawal
Disini bermula perbalahan, business gone sour. Ferrari membatalkan perjanjian MoU pada saat akhir menyebabkan Henry Ford berang, mengeluarkan satu statement perang pada Ferrari " we gonna beat u at your own game at your backyard (Le Mans 24 Hours)".
Satu Division "Ford Advance Vehicle" diasaskan dan Ford GT dihasilkan, khas untuk melawan dominasi Ferrari di Le Mans 24 Hour
Kalau cerita lagi nanti tak suspen, nanti tengok sendiri movie ni...
https://fmovies.is/film/the-24-hour-war.rl1ln

Comments

Popular posts from this blog