Tanda - tanda radiator bocor
======================
======================
Radiator dalam kenderaan befungsi sebagai heat transfer device, memindahkan haba berlebihan dari blok silinder ke luar enjin agar enjin beroperasi pada suhu yang sesuai. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Kalau radiator ada masalah bocor, akan wujud beberapa tanda sebelum enjin mengalami masalah overheat.
Kalau enjin ada masalah overheat, biasanya pengakhiran cerita bukan seperti cerita hindustan. Biasanya kepala silinder akan bengkok dan kos baik pulih adalah tinggi. Ada beberapa simptom yang boleh dilihat sekiranya radiator bocor
1. Cecair penyejuk (coolant) akan berkurangan dengan ketara. Dalam gambar 1 cecair coolant berada pada takat maksima
2. Cecair coolant dalam tangki simpanan (reserve) berkurang atau habis terus. Dalam gambar 2, coolant masih ada cuma tak nampak.
3. Wujud kesan residue cecair coolant pada bahagian yang bocor. Dalam kes ini, coolant yang saya pakai berwarna merah. Apabila coolant bocor dan kering, wujud kesan berwarna merah pada bahagian yang bocor. Kalau pakai coolant berwarna biru, kesan residue akan berwarna biru.



Comments
Post a Comment