Antilock Braking System Part 1
--------------------------------------------------
Antilock Braking System (ABS) adalah satu sistem brek yang membenarkan pemandu mengawal stering semasa membrek. Semasa membrek dalam keadaan kecemasan pemandu akan menekan pedal brek secara melulu dan menyebabkan tayar kenderaan terkunci, akibatnya tayar kenderaan akan terseret di atas jalan.
Apabila tayar terkunci, sistem steering akan terkunci dan pemandu akan gagal mengelak kenderaan lain yang berada di hadapan (steering tidak akan terkunci secara tiba2). Secara ringkasnya situasi yang berlaku ialah:
1. Situasi kecemasan, pemandu menekan pedal brek dengan kuat
2. Daya brek yang tinggi akan mengunci tayar dan sistem steering
3. Steering terkunci
4. Pemandu gagal mengelak kenderaan hadapan
Brek yang bagus ialah brek yang mampu menghentikan kenderaan tanpa tayar terkunci dan mengekalkan CoB coefficient of brake pada kadar 0.2.
Sistem ABS pada awalnya diperkenalkan dalam industri penerbangan bagi mengelakkan berlakunya kes tayar meletup dan kemalangan semasa pesawat mendarat. Piawaian keselamatan yang timggi dalam industri penerbangan menjadi penanda aras bagi industri automotif yang mula mengadaptasi sistem ABS bermula dari jenama Ford, Nissan dan Toyota dari tahun 1971.
Bagaimana ABS berfungsi
-------------------------------------------
1. Cadence Braking - teknik yang digunakan dalam motorsport di mana pemandu mengepam pedal brek sepantas mungkin dan pada masa yang sama membelok mengelak halangan. Frekuensi kekerapan mengepam brek bergantung kepada kecekapan pemandu. ABS mampu mengepam brek pada kadar 50 kali per saat.
Tujuan -untuk elakkan stering terkunci semasa membrek
2. Treshold braking - teknik di mana pemandu menekan brek pedal secara maksimum dan melepaskan brek apabila tayar terkunci
Tujuan - Untuk mendapatkan jarak minima semasa membrek
Penggunaan ABS didalam kereta boleh dikatakan kita menggunakan kepakaran membrek dari pemandu professional semasa kecemasan (walaupun ECU ABS yang mengambil alih semua tindakan semasa membrek)
Diharap tiada "FB specialist" yang mendakwa kereta beliau tetiba terkunci brek semasa memandu dan makan kuaci secara tiba tiba di atas jalan raya. No such thing dude. Mesti ada input dari pemandu baru kenderaan bertindakbalas.

TQ FU...NICE INFO
ReplyDelete