Attitude Yang Bagus
================
================
Ade satu kedai tayar ( rujuk gambar) dekat dengan rumah saya. Dulu signboard kedai lambang Toyo, sekarang dah tukar pada federal
Rasanya ada beberapa yang perlu dicontohi dari kedai ni
Rasanya ada beberapa yang perlu dicontohi dari kedai ni
1-waktu operasi kedai dari 10.00 pagi sampai 9 malam. Kadang2 pukul 9.30 malam masih bukak lagi.
2 - setakat ini dibuka setiap hari, 7 hari seminggu termasuk hari ahad
3-di blok depan kedai ada buat service dan jual aksesori kereta. Manakala blok industri belakang ada beberapa bay untuk buat alignment
4 - owner cina yang peramah, cakap pun lemah lembut even datang hanya untuk buat alignment rm 20. Sangat respect pada customer. Sesetengah kedai even datang tukar tayar hilux 4 biji pun muka macam ah beng. Bayar cash kot 4 biji. Bukan hutang. Kedekut senyum
5 - last 2 year masa booking tayar Toyo (made in Japan) saya terpaksa tunggu seminggu. Lepas seminnggu datang, tayar masih blom ada. Cepat2 dia ambil souvenier dari tayar jenama lain untuk minta maaf. First class punya layanan. Tunggu lagi la seminggu. Sebab dah terima layanan bagus
6- harga pun munasabah. X mahal. Malahan tayar yang saya beli murah sedikit dari harga pasaran. Asalnya booking 2 biji tayar, tapi kerana layanan dan pujukan owner kedai, dah terbeli 4 tayar. Haha
7-masa nak balik, owner kedai akan hantar kita sampai ke kereta, ucap terima kasih dan invite datang lagi
Ni semua contoh baik yang boleh tiru..
Dalam budaya jepun ia disebut omotenashi
omotenashi is Japanese hospitality.
“Omote” means public face – an image you wish to present to outsiders. “Nashi” means nothing. Combining them means every service is from the bottom of the heart – honest, no hiding, no pretending
Comments
Post a Comment