BATERI - Sel Basah atau Maintainance Free?
===================================
===================================
Soalan ini seringkali ditanya semasa hendak membeli bateri baru bagi kenderaan dan harga bagi setiap jenis bateri ini berbeza.
Biasanya bateri MF akan lebih mahal daripada sel basah kalau dibandingkan dengan berdasarkan saiz yang sama. Memang la mahal sebab tak perlu buat preventive maintainance dan cek paras elektrolit setiap minggu
Untuk kegunaan persendirian dan suka 'hands on' dan mencemarkan jari jari dengan kotoran boleh la pilih sel basah. Selain dari harga yang mesra poket, ia juga tahan lebih lama berbanding sel kering. Rekod personal saya dengan sel basah ialah 3 tahun 8 bulan sebelum bateri kong
Hanya pastikan plate besi tenggelam dalam eletrolit seperti gambar 2
Untuk kegunaan fleet atau pemandu yang malas untuk memeriksa keadaan bateri, bateri MF adalah pilihan yang tepat.sesuai juga untuk mereka yang pelupa. Biasanya hayat bateri MF ialah 12 bulan ++
Untuk pemilik kenderaan dengan transmisi auto, sila simpan satu jumper kabel dalam kereta. Kalau kereta gagal dihidupkan at least ada back up. Hanya kereta manual yang boleh jump start dengan menolak secara paks
Comments
Post a Comment