From Myvi to Altis
Sebelum ini saya ada bercerita mengenai beberapa tip semasa membuat pembelian kereta terpakai. Dalam posting ini saya nak berkongsi pengalaman saya membeli kereta terpakai
Masalah
Selepas berkahwin, myvi milik isteri saya masih setia berkhidmat tanpa sebarang masalah. Cuma saya perasan setiap kali pulang ke kampung, ruang boot akan penuh, manakala buah tangan dari kampung seperti buah2, keropok, kadang kala durian, periuk belanga akan melimpah ke bahagian penumpang belakang. Apabila anak saya lahir, maka masalah ini bertambah parah
Myvi SE saya juga datang dengan sistem suspensi yang agak keras berbanding dengan Myvi standard. Apabila melalui jalan yang tidak rata, kesian tengok anak melambung lambung dalam baby seat
Apabila umur memasuki fasa 30an, satu lagi masalah timbul. Fatigue atau kelesuan apabila memandu lama melebihi 4 jam. Kedudukan steering, tombol gear dan kerusi yang tidak ergonomik menyebabkan saya cepat letih. Kalau jalan jauh, sampai ke destinasi saya akan tidur dulu
Enjin 1.3 DVVT yang ada pada myvi sudah mula menunjukkan ciri-ciri yang teknologi yang dimakan usia. Perodua sendiri telah menggunakan enjin dual VVTi dalam siri 1NR yang nyata lebih maju dengan sistem injap boleh ubah untuk injap masuk dan ekzos. Tambahan pula dengan enjin ini, maksimum kilometer yang saya dapat ialah 14km per liter petrol
Dari segi faktor keselamatan, Myvi hanya mempunyai 2 airbag dan ABS sahaja. Sedangkan telah banyak kajian yang dikeluarkan oleh badan kajian keselamatan tentang kepentingan memiliki ciri Electronic Stability Control
Objektif pembelian
Berdasarkan masalah di atas, saya letak beberapa ciri yang perlu dimiliki semasa pembelian kereta terpakai yang baru
1. Bayaran hanya 15% dari pendapatan kasar saya.
2. Mesti mempunyai ruang bonet yang luas
3. Ciri ergonomik yang bagus
4. Enjin dan transmisi yang lebih menjimatkan bahan petrol
5. Mempunyai ciri ESC
Berdasarkan ciri-ciri di atas, setelah membuat kajian, Toyota Altis 1.8 G muncul dalam kepala saya dan nampak sebagai pilihan munasabah untuk menggantikan myvi
Toyota Altis 1.8 G adalah kereta dalam kategori C dengan kapasiti enjin 1.8 liter. Enjin 1.8 DOHC Dual VVTi (140PS, 173Nm) 2ZR FE dipadankan dengan kotak gear CVT. Salah satu lawan Altis ialah Civic FD 1.8 iVTEC. Enjin dan transmisi ini 15% lebih jimat dari model lama.
Berbanding dengan civic yang sporty, altis membawa rekabentuk yang konvensional dan dan tema dalaman yang lebih santai. Salah satu strong point Altis ialah keselesaan dan bunyi yamg lebih senyap berbanding dengan Civic
Ruang bonet pula adalah dengan kapasiti 470 liter adalah jauh lebih luas dari myvi dengan 215 liter adalah salah satu daya tarikan. Pengalaman saya memandu Vios 2007 memang sangat selesa untuk perjalanan jarak jauh dan Altis pun mempunyai prestasi yang baik dari segi ergonomik
Semasa pelancaran pada tahun 2010, hanya model 1.8 G dan 2.0 V yang dilengkapi dengan ESC dan TSC. ESC mengawal kereta dari tergelincir semasa mengambil selekoh agar tidak oversteer atau understeer. Manakala TSC mengawal tayar semasa proses pecutan.
Comments
Post a Comment