Gambar di bawah adalah sebahagian daripada kempen awal syarikat Lexus semasa pelancaran model pertama mereka LS400 yang menjadi model pertama Lexus dan dilancarkan di Detroit Autoshow. LS400 ni sangat senyap sehingga tiada gegaran dari enjin yang boleh menyebabkan gelas yang disusun dalam gambar bergerak.
Model baru ini menyababkan BMW Merz Ford GM dan Chrysler tergugat dengan player baru dalam segmen kereta mewah dari Toyota. Selama ini Toyota dianggap sebagai bahan jenaka di pasaran Amerika.
Bermula tahun 1970 an selepas krisis bahan api dunia, kereta buatan negara Jepun menjadi pilihan utama bagi pengguna. Keadaan ini menyebabkan the big 3 Ford GM Chrysler menjadi sakit hati lantas melobi senat Amerika agar menghadkan kemasukan kereta Jepun
Pada tahun 1981, quota kemasukan kereta import Jepun dihadkan pada 1.68 juta dan akan tamat pada 1984. Disebabkan volume yang mengecil, keuntungan jualan kenderaan akan berkurang.
Pengeluar Jepun bertindak dengan menghasilkan model premium yang menepati citarasa rakyat Amerika dan yang pasti lebih menguntungkan. Honda bertindak melancarkan jenama Acura, Nissan muncul dengan Infiniti dan Toyota bertindak balas dengan jenama Lexus (Luxury and Elegance)
Apa yang diharapkan oleh big three sudah memakan diri. Strategi bermain dengan sekatan sudah menyebabkan player Jepun menukar strategi bisnes.
Comments
Post a Comment