Microsleep
========
========
Microsleep ni bahasa mudahnya terlelap beberapa saat. Tapi dalam beberapa saat itulah input dari mata telinga dan segala deria gagal diproses dan ditafsirkan lalu anggota badan gagal bertindak mengikut situasi.
Secara jujurnya saya pernah terkena dengan situasi ini apabila terlalu mengantuk tapi masa kejadian mata terbuka luas macam zombie. Tangan pegang steering, kaki tekan pedal minyak, tp rasa mimpi. Tak boleh fikir dengan jelas. Rasa blurr.. 😴😴😴😴😴
dalam kejadian 2 tahun lepas (raya 2015) , ada sebuah wira terbabas dan melanggar pokok tepi jalan dekat sangat-sangat dengan rumah.. Tiada langsung tyre marking yang atas jalan, menunjukkan driver langsung tidak membrek
Kereta total lost, chassis bengkok. Driver mengaku terlelap terus semasa memandu, walaupun baru berhenti rehat. driver pulang dari shift terus drive balik kampung. Mujur masa kejadian wife dia tido bersila. kalau dia melunjurkan kaki, mesti teruk. Masa kejadian, saya tahan kereta yang lalu dan ahli keluarga lain membantu mengeluarkan mangsa.
Jalan jem sejauh 6 kilometer ..
Tapi yang lagi musibat, ada yang berhenti pura2 nak tolong, tapi mencuri barang kemas, handhphone, dan wang tunai mangsa. Moga pencuri ini dapat balasan
So kalau dah mengantuk, berhenti rehat dan tido sajalah. 10 minit pun cukup.
Comments
Post a Comment