Rear Wiper - Hatchback
===================
Kalau diperhatikan, kebanyakan kereta hatchback akan mempunyai rear wiper pada cermin belakang dan sedan tidak mempunyai rear wiper

Kereta hatchback adalah kereta yang berasaskan 2 kotak (bahagian penumpang dan enjin) manakala kereta sedan adalah berasaskan 3 kotak (enjin + cabin + ruang bagasi).

Disebabkan rekabentuk 2 kotak, cermin belakang berada dekat dengan permukaan jalan. Semasa kereta bergerak laju, angin bergerak di bawah kereta dan semasa keluar dari bahagian belakang, arus angin tadi akan membentuk turbulance.

Apa yang terjadi ialah turbulance akan menarik sekali habuk, debu, air dan kotoran yang akan melekat pada permukaan cermin belakang. So rear wiper adalah keperluan bagi kereta kompak

Apabila kotor, pemandu boleh mencuci cermin belakang dengan menggunakan wiper dan washer system. Bukan suka2 untuk tambah supaya cantik ataupun ditukar dengan ekor kucing.

Law EU no 1008/2010




Comments

Popular posts from this blog