Soalan dari FB
============
============
Sebelum ini ada orang yang bertanya, ok ke kalau nak beli Preve Turbo sebab nak kereta yang berenjin turbo dan power. Kalau diberi pilihan dan duit boleh tumbuh dr pokok saya akan pilih Suzuki Swift Sport 1.6 6 speed Manual
Gambar di bawah ni versi CVT.
Gambar di bawah ni versi CVT.
Enjin 1.6 VVT M16A 130hp / 160Nm torque. Apa yang menarik ialah berat keseluruhan kereta hanyalah lebih kurang 1070kg. Gabungan enjin berkuasa dengan berat badan yg ringan menghasilkan kereta yang seronok dipandu dan mempunyai pengendalian yang membuatkan pemandu senyum lebar dari telinga kiri ke telinga kanan.
Maksud saya dengan kelebihan badan yang ringan, Swift lebih pantas memecut, membrek, mengambil selekoh tanpa body roll dan mampu menukar arah dengan mudah. Sebab tu nama dia Swift. Syarikat Lotus pun ambil langkah yang sama dalam menghasilkan kereta sport Lotus
Kereta yang mempunyai kuasa kuda yang rendah tidak semestinya tidak laju..
Ps - enjin M16A 1600cc ni hanya sesuai dengan RON97 saja.
Comments
Post a Comment