Variable Valve Timing with Intelligent
-------------------------------------------------



VVTi ni singkatan kepada Variable Valve Timing with Intelligent patent by Toyota.
Fokus utama ialah performance, fuel efficient atau emission. Dalam enjin tanpa VVTi performance dan fuel efficient tak boleh nak capai dalam masa yang sama
-Konsep-
Dalam enjin tanpa vvti, (rujuk gambar1) cam gear mengawal camshaft yang akan mengawal pembukaan dan penutupan valve. Satu kitaran enjin lengkap beroperasi dalam 720°. Satu kitaran ada empat stroke
Intake 180°
Compression 360°
Power 540°
Exhaust 720°
Dalam proses intake, kuantiti udara yang masuk melalui valve dalam silinder dihadkan oleh masa bukaan valve (valve opening).
Valve opening pula dihadkan oleh bentuk camshaft. Bentuk camshaft hanya ada 2 pilihan
1. Fuel economy
2. Atau performance
Jika engineer memilih untuk menjadikan enjin menjimatkan petrol, design camshaft akan menjurus kepada penjimatan petrol pada halaju rendah. Tapi untuk high speed di mana enjin memerlukan jumlah udara yang banyak, perfotmance enjin terbatas disebabkan design camshaft
Kalau engineer memilih performance camshaft, maka engine akan menggunakan petrol yang tinggi walaupun pada low speed, tapi performance pada high speed adalah bagus.
Cabaran ialah untuk design enjin yang mampu beroperasi dengan cekap pada kelajuan yang rendah dan mampu memberikan kuasa dan membekalkan udara pada kelajuan tinggi
-Solution-
Engineer beralih kepada penggunaan VVTi
Berbanding dengan sistem konvensional yang menggunakan gear tetap, sistem VVTi menggunakan cam gear yang beroperasi dengan bantuan sistem hydraulic. Sistem akan mengubah profile camshaft ke arah "advance" untuk kegunaan high speed / performance atau ke arah "retard" bagi penggunaan petrol yang efficient. Bergantung kepada situasi, camshaft akan advance atau retard up to +- 15°
Senang cite, VVTi ni membantu engine mengubahsuai pemasaan untuk dapatkan jumlah udara yang sesuai pada low speed dan high speed. Errr macam kita kalau berlari marathon mesti tercungap untuk dapakan oksigen. Kalau buat yoga relaks je bernafas..

Comments

Popular posts from this blog