From Myvi to Altis Sebelum ini saya ada bercerita mengenai beberapa tip semasa membuat pembelian kereta terpakai. Dalam posting ini saya nak berkongsi pengalaman saya membeli kereta terpakai Masalah Selepas berkahwin, myvi milik isteri saya masih setia berkhidmat tanpa sebarang masalah. Cuma saya perasan setiap kali pulang ke kampung, ruang boot akan penuh, manakala buah tangan dari kampung seperti buah2, keropok, kadang kala durian, periuk belanga akan melimpah ke bahagian penumpang belakang. Apabila anak saya lahir, maka masalah ini bertambah parah Myvi SE saya juga datang dengan sistem suspensi yang agak keras berbanding dengan Myvi standard. Apabila melalui jalan yang tidak rata, kesian tengok anak melambung lambung dalam baby seat Apabila umur memasuki fasa 30an, satu lagi masalah timbul. Fatigue atau kelesuan apabila memandu lama melebihi 4 jam. Kedudukan steering, tombol gear dan kerusi yang tidak ergonomik menyebabkan saya cepat letih. Kalau jalan jauh, sampai ke ...
Posts
Showing posts from October, 2017
- Get link
- X
- Other Apps
Antilock Braking System Part 1 -------------------------------------------------- Antilock Braking System (ABS) adalah satu sistem brek yang membenarkan pemandu mengawal stering semasa membrek. Semasa membrek dalam keadaan kecemasan pemandu akan menekan pedal brek secara melulu dan menyebabkan tayar kenderaan terkunci, akibatnya tayar kenderaan akan terseret di atas jalan. Apabila tayar terkunci, sistem steering akan terkunci dan pemandu akan gagal mengelak kenderaan lain yang berada di hadapan (steering tidak akan terkunci secara tiba2). Secara ringkasnya situasi yang berlaku ialah: 1. Situasi kecemasan, pemandu menekan pedal brek dengan kuat 2. Daya brek yang tinggi akan mengunci tayar dan sistem steering 3. Steering terkunci 4. Pemandu gagal mengelak kenderaan hadapan Brek yang bagus ialah brek yang mampu menghentikan kenderaan tanpa tayar terkunci dan mengekalkan CoB coefficient of brake pada kadar 0.2. Sistem ABS pada awalnya diperkenalkan dalam industri penerbangan ...
- Get link
- X
- Other Apps
High Performance Car with CVT ---------------------------------------------------- CVT gearbox ni dikawal oleh TCU transmission Control Unit dan kebiasaannya manufacturer letak pilihan kepada driver untuk pilih pemanduan santai dalam Mode D Drive atau bersemangat dalam mode S. Dalam mode D, TCU akan menyediakan set ratio yang membuatkan enjin beroperasi secara ekonomi. Manakala dalam mode S enjin akan beroperasi dalam mode performance Ada orang argue mengatakan CVT tidak sesuai untuk performance engine. Saya senaraikan nama kereta, Horsepower dan torque bagi kereta yang menggunakan CVT. 1. Honda Civic FC 1.5 TCP - 171 HP, 220 Nm torque 2. Nissan Teanna 2.5 - 171 HP, 234 Nm torque 3. Nissan Xtrail 2.5 4WD - 170 HP, 230 Nm torque 4. Nissan Murano 3.5 4WD V6 Engine - 300HP, 371 Nm torque 5. Lexus GS 450h 3.5 V6 engine - 339HP, 490 Nm torque 6. Lexus Ls 600h 5.0 V8 engine - 439 HP, 520Nm torque Atas sebab kemampuan CVT boleh exploit performance engine pada setiap masa,...
- Get link
- X
- Other Apps
Jalan-Jalan Cari Makan - Langkawi Masa mula- mula sampai di Langkawi, rasa agak buntu jugak kat mana nak cadi lokasi makan yang menarik. Hari pertama dan sarapan di sekitar pekan Kuah, awas kalau silap kedai harga agak mahal Hari kedua sarapan di area dekat dengan lapangan terbang Langkawi, tapi rasa agak kureng. Pada hari ketiga baru tau kewujudan kedai nasi dagang ni di Langkawi Lokasi dia di Jalan Makam Mahsuri Kampung Mawar, kalau google memang boleh jumpa lokasi kedai Apa yang best ialah kedai makan ni terletak Tepi sawah padi. Tapi pada masa kami sampai, hujan sangat lebat. Kalau tak memang boleh tengok matahari terbit semasa sarapan Menu utama nasi dagang dengan ikan tongkol kari. Orang pantai timur cakap ikan gulai. Nak masak ikan ni kene kukus dulu. Nak masak nasi dagang ni pun ada cara Mula² rasa skeptical jugak Boleh ke orang langkawi masak nasi dagang Tapi seriously recommended Nasi dagang dia memang kene dengan selera Macam orang ganu buat Kari Ikan to...
- Get link
- X
- Other Apps
Audit 2009 ========= Sekitar tahun 2009, salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan oleh unit kami ialah membuat audit terhadap semua pembekal komponen peralatan kenderaan di Malaysia Berdasarkan undian aku kene buat audit di kilang pembekal peralatan steering komponen Baru setahun kerja dah kene buat audit. Namun senior2 dalam unit kami bertindak sebagai sensei. Mula2 kami ikut senior2 buat audit. On job training. Memang best ikut pergi audit, makan tengahari mewah beb. Haha Pelabagai terms dan istilah baru kami kene kutip: 1. Meiruka board 2. 5 s activity 3. Qcc activity 4. Toyota Production System 5. Kanban sistem Semua tue kene hadam. Sekarang dah lupa la. Back to 2009 aku kene buat audit di kilang komponen steering. Mula2 parking kereta dah berpeluh, sebab parking kereta pun staff ada SOP. Apa yang kami audit based on quality requirement (ISO9001:2008 pada masa tue) (TS16949 for automotive), macam mana prosedur product dari sketching board, testing, manufacturing, q...
- Get link
- X
- Other Apps
CVT Gearbox - Saga FLX --------------------------------- Honda, Toyota dan Proton ni antara manufacturer yang memilih untuk menggunakan teknologi CVT dalam City, Vios dan Saga. Dalam CVT gear box ada 2 pulley yang berupaya mengubah diameter secara berterusan. apabila radius pulley berubah, ratio gear akan berubah. Ratio pulley berubah mengikut keperluan pemandu samaada perlukan power atau fuel save. Dalam fuel save mode, ratio oulley akan sentiasa berubah bagi memastikan enji n beroperasi pada tahap optimum tanpa mengira keadaan katakan enjin Saga perlu beroperasi pada kelajuan 2400 RPM untuk penggunaan petrol yang bagus, maka ECU akan menghantar isyarat kepada pulley supaya sentiasa mengubah diameter pulley supaya beroperasi dalam keadaan optimum tanpa mengira kelajuan kereta Nisbah gear CVT D2/D1 Diameter pulley 2/ Diameter pulley 1 Mechanical efficiency CVT =88% lagi bagus dari 4 speed auto. Oleh sebab itu gear CVT lagi jimat petrol dari 4AT
- Get link
- X
- Other Apps
Long Term Test Drive - Toyo Neo 3 Asal tayar ni ialah Toyo Teo Plus. Sebelum ni dah pakai Toyo Teo Plus dalam 4 tahun sebanyak 2 set. Made in Japan rubber memang tip top Neo stand for Nano Energy 3 keluaran Toyo. BTW Toyo Japan dah take over major share dalam Silverstone. So tayar ni dibuat di Silverstone Taiping plant. Rasa skeptical agak tinggi sebab biasanya produk keluaran Silverstone kurang berkualiti. Unique Selling Point Toyo Neo 3 ni untuk reduce rolling ressitance, increase fuel efficiency, reduce tyre noise, dan improved wet and dry performance. Benchmark untuk tayar ni ialah dengan Michelin XM2. saiz 16inch 185 55. Treadwear : 420 lebih kurang dengan XM2 Traction : A sama dengan XM2 Dry performance - lebih kurang sama. Tapi Neo 3 perform better semasa cornering. XM2 dah berbunyi kalau push over 90 - 110km/h. Lokasi Jalanraya Grik - Jeli Wet performance - XM2 perform better. Tyre groove dan longkang XM2 lagi besar dan mampu disperse air hujan dengan lagi berkesa...
- Get link
- X
- Other Apps
VTEC - Variable Valve Timing and Lift Electronic Control ============================================= VTEC - satu trademark yang dibuat oleh jurutera Honda bagi menghasilkan satu enjin dengan 2 profile yang berbeza. Satu profile untuk normal drive dan fuel economy dan satu lagi untuk performance. Fokus -Tujuan utama VTEC adalah untuk improve volumetric efficiency enjin pada kelajuan tinggi. Pada kelajuan tinggi, enjin menyedut campuran udara dan petrol dengan lebih banyak tetapi proses ini terganggu apabila bukaan valve yang sekejap dan sempit yang hanya sesuai untuk normal driving condition. VTEC vs VVTi Enjin VTEC mempunyai 2 camshaft profile, normal camshaft dan racing camshaft Enjin VVTi hanya ada satu camshaft profile dengan keupayaan advance atau retard timing Enjin toyota dengan fungsi yang sama dikenali sebagai VVTLi Kenapa perlu VTEC Cukai bagi kenderaan dikenakan berdasarkan cc atau saiz enjin. Semakin besar cc semakin tinggi cukai dan penggunaan bahanapi. T...
- Get link
- X
- Other Apps
Soalan dari wassap =============== Mcm ni sblm kahwin, wife saya beli exora cfe turbo sbb famili yang suruh. Skrg hajat nak tukar kereta sedan yg bayar bulan murah sikit. So nak tanya demi kereta apa yg sesuai maintenance ok. Tujuan : kereta famili (sedan) Kondisi : mana2 kalau dapat baru lg elok Buatan : local atau luar Purpose: untuk daily drive dan long distance balik kelantan Main concern : comfort ----------------------------------------------------------------------------- Me: beli kereta atas saranan 3rd party agak bahaya, sebab yang akan guna, bayar bulanan akan ditanggung oleh pembeli. Sebarang kesilapan semasa memilih akan ditanggung oleh pembeli Antara sedan yang menjadi pilihan ialah kategori A dan B Kategori A 1. Saga 2016 - 32k (est) Saga 2nd - 19k (est) boleh bayar cash 2. Bezza 1.3 dual VVTi - enjin yang jimat petrol dengan start stop function, lebih berkuasa dari Myvi 1.3 dan bonet yang luas 506 liter. Abaikan pandangan belakang untuk Bezza. Chass...
- Get link
- X
- Other Apps
Soalan dari FB ============ Sebelum ini ada orang yang bertanya, ok ke kalau nak beli Preve Turbo sebab nak kereta yang berenjin turbo dan power. Kalau diberi pilihan dan duit boleh tumbuh dr pokok saya akan pilih Suzuki Swift Sport 1.6 6 speed Manual Gambar di bawah ni versi CVT. Enjin 1.6 VVT M16A 130hp / 160Nm torque. Apa yang menarik ialah berat keseluruhan kereta hanyalah lebih kurang 1070kg. Gabungan enjin berkuasa dengan berat badan yg ringan menghasilkan kereta yang seronok dipandu dan mempunyai pengendalian yang membuatkan pemandu senyum lebar dari telinga kiri ke telinga kanan. Maksud saya dengan kelebihan badan yang ringan, Swift lebih pantas memecut, membrek, mengambil selekoh tanpa body roll dan mampu menukar arah dengan mudah. Sebab tu nama dia Swift. Syarikat Lotus pun ambil langkah yang sama dalam menghasilkan kereta sport Lotus Kereta yang mempunyai kuasa kuda yang rendah tidak semestinya tidak laju.. Ps - enjin M16A 1600cc ni hanya sesuai dengan RON97 saja...
- Get link
- X
- Other Apps
Nissan Navara Dulu dulu kalau orang tanya apa 4x4 terbaik, jawapan default saya ialah Hilux. Tapi lepas test drive, jawapan sekarang berubah pada Navara. Navara ni offer best value of money pada 96k approx. Walaupun masih menggunakan enjin lama 2.5 turbodiesel dengan 163Hp dan 193Hp untuk high spec version, Navara ada beberapa trick untuk membuatkan model ni lebih value for money. 1. Hill decent assist- sistem yang dipelopori oleh Land Rover satu ketika dulu. Bila diaktifkan, driver boleh turun bukit curam tanpa perlu mengawal pedal minyak dan brek. Hanya control steering saja sambil bersila dalam kereta. 2. Menggunakan suspensi belakang dengan coil spring di saat pesaing lain menggunakan ladder spring macam lori. Hasilnya sangat selesa macam naik SUV dan bukan naik lori. Tapi jangan silap, Navara masih mampu bawa beban almos 1 tan. Jadi kalau wife nak pakai mekap kat sebelah, hasilnya sangat memuaskan. 3. Gearbox auto dengan 7 speed. Kuasa enjin dapat diagihkan secara m...
- Get link
- X
- Other Apps
Engine Lubricants ============== Apabila musim balik kampung secara besar - besaran bermula, salah satu aspek penyelenggaraan kenderaan yang perlu diambil berat ialah minyak enjin sendiri. Sela masa penukaran minyak enjin telah ditetapkan oleh pengeluar samaada 5000km , 7000km atau 10,000km. Malah ada pengeluar kenderaan eropah menggunakan 15,000km. Menjadi tabiat orang Malaysia untuk service kenderaan sehari sebelum atau kadang2 sebelum takbir raya. Tapi disebabkan jadual booking yang telah penuh, pusat service terpaksa menolak atau menukar jadual service selepas balik kampung trip Sekiranya kenderaan anda telah melangkaui sela masa service dan beranggapan "ok" dan tidak perlu service kereta, cuba kita nilaikan fungsi sebenar minyak enjin sangat kritikal. 1. Enjin adalah mekanikal part yang sentiasa bergerak. Fungsi minyak tadi ialah melincirkan pergerakan piston, camshaft, rocker arm, timing chain sprocket, crankshaft dan 1001 bahagian yang bergerak. 2. Bagi enj...
- Get link
- X
- Other Apps
Microsleep ======== Microsleep ni bahasa mudahnya terlelap beberapa saat. Tapi dalam beberapa saat itulah input dari mata telinga dan segala deria gagal diproses dan ditafsirkan lalu anggota badan gagal bertindak mengikut situasi. Secara jujurnya saya pernah terkena dengan situasi ini apabila terlalu mengantuk tapi masa kejadian mata terbuka luas macam zombie. Tangan pegang steering, kaki tekan pedal minyak, tp rasa mimpi. Tak boleh fikir dengan jelas. Rasa blurr.. 😴 😴 😴 😴 😴 dalam kejadian 2 tahun lepas (raya 2015) , ada sebuah wira terbabas dan melanggar pokok tepi jalan dekat sangat-sangat dengan rumah.. Tiada langsung tyre marking yang atas jalan, menunjukkan driver langsung tidak membrek Kereta total lost, chassis bengkok. Driver mengaku terlelap terus semasa memandu, walaupun baru berhenti rehat. driver pulang dari shift terus drive balik kampung. Mujur masa kejadian wife dia tido bersila. kalau dia melunjurkan kaki, mesti teruk. Masa kejadian, saya tahan kere...
- Get link
- X
- Other Apps
Rear Wiper - Hatchback =================== Kalau diperhatikan, kebanyakan kereta hatchback akan mempunyai rear wiper pada cermin belakang dan sedan tidak mempunyai rear wiper Kereta hatchback adalah kereta yang berasaskan 2 kotak (bahagian penumpang dan enjin) manakala kereta sedan adalah berasaskan 3 kotak (enjin + cabin + ruang bagasi). Disebabkan rekabentuk 2 kotak, cermin belakang berada dekat dengan permukaan jalan. Semasa kereta bergerak laju, angin bergerak di bawah kereta dan semasa keluar dari bahagian belakang, arus angin tadi akan membentuk turbulance. Apa yang terjadi ialah turbulance akan menarik sekali habuk, debu, air dan kotoran yang akan melekat pada permukaan cermin belakang. So rear wiper adalah keperluan bagi kereta kompak Apabila kotor, pemandu boleh mencuci cermin belakang dengan menggunakan wiper dan washer system. Bukan suka2 untuk tambah supaya cantik ataupun ditukar dengan ekor kucing. Law EU no 1008/2010
- Get link
- X
- Other Apps
Jump-Start ======== Ada kawan pernah menghubungi saya berkenaan dengan kereta dia yang ada masalah dengan ABS modulator system. Sistem berkenaan rosak apabila dia cuba2 jump start kereta yang bateri weak dengan kereta kawan. Masalah timbul apabila sambungan dibuat dengan polarity yang salah. Kutub positif disambung dengan kutub negatif. Akibat sambungan ini, sistem modulator ABS rosak dan kos untuk pembaikan lebih kurang RM 5k Sanbungan untuk jump start boleh dibuat dengan merujuk gambar ini. Kabel merah sambung kepada kutub positif dengan kutub bateri bantuan. Kabel hitam disambung dari kutub negatif bateri bantuan ke blok enjin kereta yang bermasalah. Bukan direct ke kutub negatif
- Get link
- X
- Other Apps
BATERI - Sel Basah atau Maintainance Free? =================================== Soalan ini seringkali ditanya semasa hendak membeli bateri baru bagi kenderaan dan harga bagi setiap jenis bateri ini berbeza. Biasanya bateri MF akan lebih mahal daripada sel basah kalau dibandingkan dengan berdasarkan saiz yang sama. Memang la mahal sebab tak perlu buat preventive maintainance dan cek paras elektrolit setiap minggu Untuk kegunaan persendirian dan suka 'hands on' dan mencemarkan jari jari dengan kotoran boleh la pilih sel basah. Selain dari harga yang mesra poket, ia juga tahan lebih lama berbanding sel kering. Rekod personal saya dengan sel basah ialah 3 tahun 8 bulan sebelum bateri kong Hanya pastikan plate besi tenggelam dalam eletrolit seperti gambar 2 Untuk kegunaan fleet atau pemandu yang malas untuk memeriksa keadaan bateri, bateri MF adalah pilihan yang tepat.sesuai juga untuk mereka yang pelupa. Biasanya hayat bateri MF ialah 12 bulan ++ Untuk pem...
- Get link
- X
- Other Apps
Attitude Yang Bagus ================ Ade satu kedai tayar ( rujuk gambar) dekat dengan rumah saya. Dulu signboard kedai lambang Toyo, sekarang dah tukar pada federal Rasanya ada beberapa yang perlu dicontohi dari kedai ni 1-waktu operasi kedai dari 10.00 pagi sampai 9 malam. Kadang2 pukul 9.30 malam masih bukak lagi. 2 - setakat ini dibuka setiap hari, 7 hari seminggu termasuk hari ahad 3-di blok depan kedai ada buat service dan jual aksesori kereta. Manakala blok industri belakang ada beberapa bay untuk buat alignment 4 - owner cina yang peramah, cakap pun lemah lembut even datang hanya untuk buat alignment rm 20. Sangat respect pada customer. Sesetengah kedai even datang tukar tayar hilux 4 biji pun muka macam ah beng. Bayar cash kot 4 biji. Bukan hutang. Kedekut senyum 5 - last 2 year masa booking tayar Toyo (made in Japan) saya terpaksa tunggu seminggu. Lepas seminnggu datang, tayar masih blom ada. Cepat2 dia ambil souvenier dari tayar jenama lain untuk minta maaf....
- Get link
- X
- Other Apps
Kalau free weekend ni boleh download dan tengok filem dokumentari 24hours War yang mengisahkan gentleman war antara Enzo Ferrari dan Henry Ford ii . Hanya untuk peminat sejarah, motorsport dan business sahaja, jadi untuk peminat cerita Korea yang suka merembeskan air mata jantan sila main jauh-jauh Semuanya bermula apabila Ford perlukan kemenangan dalam perlumbaan sebagai senjata pemasaran bagi melariskan perniagaan empayar Ford. Bagi Henry, kemenangan pada perlumbaan pada hari ahad bermakna jualan yang meningkat pada hari Isnin Vice versa, atau sebaliknya yang terjadi pada Ferrari. Mereka memang dalam perniagaan perlumbaan kereta. Begitu banyak duit dilaburkan dalam Research & Development bagi membangunkan enjin dengan saiz 4400cc yang boleh mengalahkan Ford GT V8 yang lebih besar. Ferrari hanya menghasilkan custom car untuk pelanggan yang terhad bagi membiayai hobi mahal Enzo Ferrari yang suka berlumba Bagi Henry, jalan singkat untuk menghasilkan kereta yang laju...
- Get link
- X
- Other Apps
Engine Mounting ============= Engine mounting ni biasa dibuat dari cast iron dari proses acuan besi dan getah. Sesetengah rekabentuk getah kadangkala diisi dengan cecair hydraulic Tujuan engine mounting memastikan enjin dan gearbox berada pada kedudukan yang betul, menyerap hentakan dan menyerap gegaran yang dihasilkan oleh enjin ketika beroperasi dari sampai kepada penumpang dan pemandu Gambar sebelah kiri adalah engine mounting untuk enjin manakala sebelah kanan adalah mounting untuk gearbox Bila mounting rosak di bahagian enjin, pemandu akan dapat rasa gegaran pada bahagian steering pada sebelum memulakan perjalanan. Steering akan bergegar dan dan seolah olah bergerak ke atas dan ke bawah Bila mounting di bahagian gearbox rosak, pemandu akan dapat rasa gegaran apabila gear dimasukkan dari N ke D atau semasa memulakan perjalanan. Seperti ada sentapan berlaku Paling kritikal adalah gearbox jenis auto yang banyak memggunakan komponen kecil, mounting yang rosak lama kelamaa...
- Get link
- X
- Other Apps
Dual Variable Valve Timing and Ignition =============================== Sebelum ini posting saya berkenaan VVT-i boleh dirujuk melalui link : https://web.facebook.com/mohdfarhan.alias/posts/1331637983549356 Kalau nak faham mengenai dual VVTi, kene hadam dulu teknikal stuff dalam posting sebelumnya. 1-Keperluan Undang-Undang Salah satu perkara yang sentiasa mendesak bagi perubahan enjin yang lebih baik ialah "European Emission Standard" atau lebih dikenali dengan nama Euro1/2/3 dan paling terkini ialah Euro6. Pada tahun 2005, Euro 4 menetapkan bahawa kenderaan yang dijual di negara kesatuan eropah hendaklah melepaskan bahancemar tidak melebihi 0.5g/km bagi carbon oxcide Nox (kesan gas rumah hijau) dan 0.25g/km bagi Nitrogen oxcide (kesan jerebu) 2- Kaizen - bagi pengeluar Continental yang cenderung untuk membuat evolusi enjin dan memperkenalkan konsep engine downsizing dan berkuasa turbo, Toyota dengan semangat Kaizen melakukan perubahan dengan mengekalkan saiz...
- Get link
- X
- Other Apps
Variable Valve Timing with Intelligent ------------------------------------------------- VVTi ni singkatan kepada Variable Valve Timing with Intelligent patent by Toyota. Fokus utama ialah performance, fuel efficient atau emission. Dalam enjin tanpa VVTi performance dan fuel efficient tak boleh nak capai dalam masa yang sama -Konsep- Dalam enjin tanpa vvti, (rujuk gambar1) cam gear mengawal camshaft yang akan mengawal pembukaan dan penutupan valve. Satu kitaran enjin lengkap beroperasi dalam 720°. Satu kitaran ada empat stroke Intake 180° Compression 360° Power 540° Exhaust 720° Dalam proses intake, kuantiti udara yang masuk melalui valve dalam silinder dihadkan oleh masa bukaan valve (valve opening). Valve opening pula dihadkan oleh bentuk camshaft. Bentuk camshaft hanya ada 2 pilihan 1. Fuel economy 2. Atau performance Jika engineer memilih untuk menjadikan enjin menjimatkan petrol, design camshaft akan menjurus kepada penjimatan petrol pada halaju rendah. Tapi ...
- Get link
- X
- Other Apps
Gambar di bawah adalah sebahagian daripada kempen awal syarikat Lexus semasa pelancaran model pertama mereka LS400 yang menjadi model pertama Lexus dan dilancarkan di Detroit Autoshow. LS400 ni sangat senyap sehingga tiada gegaran dari enjin yang boleh menyebabkan gelas yang disusun dalam gambar bergerak. Model baru ini menyababkan BMW Merz Ford GM dan Chrysler tergugat dengan player baru dalam segmen kereta mewah dari Toyota. Selama ini Toyota dianggap sebagai bahan jenaka d i pasaran Amerika. Bermula tahun 1970 an selepas krisis bahan api dunia, kereta buatan negara Jepun menjadi pilihan utama bagi pengguna. Keadaan ini menyebabkan the big 3 Ford GM Chrysler menjadi sakit hati lantas melobi senat Amerika agar menghadkan kemasukan kereta Jepun Pada tahun 1981, quota kemasukan kereta import Jepun dihadkan pada 1.68 juta dan akan tamat pada 1984. Disebabkan volume yang mengecil, keuntungan jualan kenderaan akan berkurang. Pengeluar Jepun bertindak dengan menghasilkan model pre...